Sunday, 23 February 2014

Akhirnya !!



assalammualaikum..
sawat dii kha..



akhirnya aku isi juga UPU ney setelah sekian lama aku tension memikirkan univerti mana yang akan menjadi penentu hidup aku masa ijazah nanti..

dan aku masih lagi berpegang pada ini..
ada 2 jenis takdir yang kita bole ubah..
1. rezeki 
2. jodoh
tapi dengan adanya usaha..

aku berharap segala usaha yang aku buat dan capai dapat merubah rezeki ku dari baik kepada lebih baik..

| Ya Allah, kau dekatkan lah segala rezeki, dan bantu la aku |

~~amin~~
     

Thursday, 20 February 2014

oversea !!!



assalammualaikum..
sawat dii kha..


tajuk story aku hari ini, OVERSEA.. kenapa?? 
meh baca cerita aku..

Vietnam dan kemboja adalah negara pertama yang aku pernah menjejakkan kaki dan masih banyak lagi negara yang aku nak pergi cuma aku tak mampu je lagi, student kan, guna duit untuk lain..

nak kata suka tu, memang lah aku suka, nak kata bangga, tak sangat la..
tapi mungkin aku lebih suka dan bangga kalau dapat belajar kat negara orang.. 
bila agaknya kan??

jealous nya, sepupu aku dapat belajar di negara orang.. aku hanya mampu tersenyum je mendengar ceita pasal dia.. 

sedih, sakit hati, kecewa, sentap bila orang sibuk membandingkan aku dengan dia.. yela dari kecil sampai besar pencapai aku dan dia sangat berbeza..

tapi bila aku pikir balik untuk apa nak belajar di Oversea, nampak sangat sebab aku nak menunjuk je sebenarnya.. 

takpe lah tak dapat belajar kat negara orang, asalkan aku dapat sambung degree, berjaya, bahagiakan mak dan ayah..

| ya Allah, kau permudahkan lah urusanku, kau bantu lah aku dalam mencapai kejayaan, kau berikanlah aku kekuatan dalam mencapai kejayaan di dunia serta di akhirat |

~~ amin ~~

Tuesday, 11 February 2014

" dia tu BFF kau ke ? "



assalammualaikum..
sawat dii kha..

hari ni aku nak bercerita mengenai  BFF..
apa itu BFF..?
boyfriend forever.... haha.. tak lah..
BFF tu BestFriend Forever..

aku ada BFF ke tak ?
mesti lah tak, aku tak minat BFF ni.. sebab setiap kali aku mengaku seseorang tu BFF aku mesti sama ada aku atau dia akan pergi.. 
 masa aku darjah 3 dulu, aku ada BFF, dia je yang sudi kawan dengan aku maklum lah darjah 3 kan, selekeh je la.. nama dia Valinda, anak salah seorang cikgu kat sekolah aku dulu.. rapat sangat dengan dia, makan sama, lepak sama, duduk dalam kelas pon sama.. tapi sayang sekejap je perkenalan aku dengan dia.. dia berpindah ke Sarawak ikut keluarga..

bila aku darjah 6, aku ada kawan baik, nama dia Amirah Fatihah.. pandai budak nya.. selalu dapat ranking Top 10 dalam kelas, beza dengan aku selalu dapat Top 10 terakhir.. haha.. disebabkan result UPSR kita orang jauh berbeza, dia ke MRSM Terendak, aku ke sekolah Menengah Hang kasturi, atau lebih dikenali sekolah hong kong... tu budak tak bape pandailah konon nyer.. tapi pandai-pandai je budak dalam sekolah.. haha

then, bila aku tingkatan 2, aku ada 3 orang kawan baik, Nabila, Hedayah, Suzila.. senang cerita la dalam semua kawan aku, termasuklah aku, paling takda masalah, so aku akan jadi tempat luahan perasan.. nama pon kawan takkan nak merungut pula kan.. jujur aku cakap aku sangat suka berkawan dengan dia orang.. tapi sayang persahabatan kami di sekolah tu tak panjang sebab aku pula yang pindah, ikut ayah..

masa aku tingkatan 3, aku bersekolah di sekolah elite, Ayer keroh.. culture shock jumpa budak bandar.. macam-macam fesyen kat sekolah, tp sebulan dua je aku culture shock.. pastu aku pon adapt dengan sekolah tu.. tapi yang seronok nyer sekolah bandar ni budak-budak sekolah tu semua open minded, semua dia orang nak kawan, tapi dalam ramai-ramai ada antara dia orang adalah kawan baik aku.. ezyan, farah, taufiq, ridhuan.. ezyan and farah tu sekelas, taufiq and ridhuan kawan ezyan.. bersama sehingga tingkatan 4, setahun 2 bulan pertemuan aku dengan dia orang, then aku berpindah ke sekolah teknik..

masuk sekolah teknik lagilah aku culture shock, tak boleh bergaul dengan budak lelaki even budak sekelas pon.. tapi sekolah teknik ni mengajar aku menjaga batas antara lelaki dan perempuan.. tak kesah la pasal tu, kesah apa dapat kawan dengan lelaki ke tak, aku jumpa kawan baik kot masa kat sekolah teknik ni.. ecah, oper, qila, nad, aina, dan kite orang duduk 1 row dalam kelas, dari tingkatan 4 sampai 5.. group pon sama, belajar pon sama-sama, pergi makan pon sama-sama.. susah senang bersama.. tapi tengok lah sekarang.. masing di Universiti yang berbeza..

 lama aku bercerita pasal sahabat masa di sekolah, sekarang baru main point cerita aku.. haha..
dan bila aku menjejak kaki ke universiti, aku mula takut nak mengaku siapa kawan baik aku.. sebab aku tahu, kita akan berpisah juga nanti.. tapi bila aku jumpa orang yang boleh dipercayai, masing mengkhianati aku.. apa salah aku.. dulu kau cakap lain, sekarang kau cakap lain..  2 kali perkara yang sama berlaku. dan sekarang bila aku selalu lepak ngan salah seorang budak kelas aku, orang yang khianat aku mula bertanya, tapi bukan tanya aku, dia tanya pada kawan yang aku lepak sekarang ni.. " weyh,, sejak bile ko jadi BFF nisa ? "

wahai sahabat, lepak bersama tak semesti nya BFF, dah kau khianat aku, then aku kawan la ngan orang yang aku tahu dia takkan khianat aku.. sentiasa bagitahu apa yang aku buat tu betul atau salah..  aku kecewa dengan kau, sebab dulu aku sangat percaya kau..


| ya Allah, kau berikanlah kejayaan pada semua sahabatku, kau berikanlah kebahagiaan pada semua sahabatku |

~~amin~~