Thursday 13 March 2014

Rezeki itu Ada..



assalammualaikum..
sawat dii kha..

ok, hari ni aku nak cerita mengenai rezeki..
selalu mengarut, hari ni tak tahu la macam nak mengarut juga.. 
muahahaha..
 cuma nak kongsi je..

mula nak cerita la yang aku ni bakal graduan untuk level Diploma.. Insyaallah ada rezeki sambung la ke level Degree pula ( tengok belom pape da mula berkata mengenai rezeki )...

sekarang masalah yang nya adalah, semua orang risau sama ada dapat sambung degree atau tidak..
aku ni yang mula-mula tak kisah, akhirnya membara bila dok dengar rakan sekelas semua bercakap pasal degree..

kalau aku senang je, 
nak cepat sambung degree, taknak tunggu setahun, taknak kalau buat rayuan pon tak dapat..
sambung je la dekat universiti yang kau tengah belajar sekarang.. apa susah.. senang je. lagi mudah dapat, memandangkan batch kita ni tak ramai, dan ramai antara kita memang taknak sambung belajar jadi itu bukan masalah la.. 

yang mana nak sambung universiti lain, ambil la risiko sikit.. biasa la tu, ney baru nak sambung belajar, bukan nak masuk bidang pekerjaan lagi.. 

rezeki tu janji Allah..
rezeki tu ada, lambat atau cepat je pemberian nya pada kita.. 
sabar dan reda je atas ketentuann nya..
 kalau tak dapat di dunia, Insyaallah di akhirat..
 kan tu janji Allah..
berdoa dan percaya pada nya, Insaallah
dia permudahkan segala nya..

| Ya Allah, kau dekatkan lah segala rezeki kami, jika di langit turunkan la ke bumi, jika sukar permudahkanlah, Ya Allah, kau limpahkanlah rezeki pada kami sepertimana kau limpahkan rezeki pada orang-orang yang soleh |

~~amin~~

Sunday 2 March 2014

Salah ke bertanya ?



assalammualaikum..
sawat dii kha..


berhari-hari pikir nak story apa kat Segalanya Disini.. 
akhirnya dapat juga story lepas apa yang berlaku sepanjang seminggu nie..

macam-macam bende berlaku.. 
masalah dinner, assignment, gaduh, tension, tak puas hati, sedih, kecewa..
senang cerita takde yang gembira sangat la minggu nie..

berbalik pada tajuk..
Salah ke bertanya ??

salah ehh bertanya sebenarnya, kalau salah, aku nak tahu apa salah tu..
 ( tengok even dalam blog still nak bertanya.. )
aku tak paham apa pemikiran masyarakat sekarang, aku bertanya je pon sebab aku curious.. aku nak tahu, tapi jawapan orang buat aku sakit hati bile dengar, ada yang kurang sopan ( kurang ajar la senang cite ) , ada yang memerli, ada yang mengata, ada yang mengejek, ada gak yang senyap buat tak tahu.. sakit gile hati aku.. 

yang paling aku geram la, orang yang mengejek balik kat aku.. 
weyhh dalam dunia ney bukan kau sorang je yang hidup.. hormat sikit orang sekeliling.. 
nasib baik lah aku ney penyabar, kalau lah aku bukan seorang yang penyabar, makan penampar gak nya.. mesti sedapkan.. haha..

btw, nasihat untuk diri sendiri juga la.. hidup pinjaman, kita semua berkongsi, malah oksigen yang kita hirup ney pon pinjaman dan kita berkongsi, bersyukur dan nikmati lah segala nikmat yang Allah beri kat kita.. Jangan lah kedekut dengan segala ilmu dan maklumat yang kita ada.. jawab dengan cara dan nada yang baik, even orang yang bertanya takde manner langsung..

| Ya Allah, kuatkanlah kesabaranku, kuatkanlah sifat sopan santunku, dan kuatkanlah imanku |

~~amin~~