Wednesday, 15 January 2014

Haiyaaaa MUET ku..!! haha



assalammualaikum..
sawat dii kha..


SELAMAT TAHUN BARU 2014..
tak terlambat lagikan untuk aku ucap selamat tahun baru.. huhu.. ketinggalan la aku ni..
AZAM?? apa tu, coklat ke, MCD ke, haha..
gurau.. gurau..
aku tak pernah tahu pon apa azam aku.. macam tak pernah ada je.. haha..
tapi takpe  la.. lupakan je.. tak penting pon untuk di ingat.. sbb ni bukan tujuan aku coret blog hari ni..

topik sebenar..

MUET oh MUET..
setelah hampir dua bulan lebih akhirnya result muet keluar..
mungkin harapan terlalu tinggi dan itu la sebenarnyer result aku..
(jangan ditanya band berapa, kerana itu adalah rahsia)
haha.. semua bnde na rahsia, bukan share la name nyer tu..

tapi walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur dengan result muet sesi nov 2013, menangis dan bersedih pun tak guna.. benda dah jadi.. melainkan aku rajin sangat nak ambil lagi sekali MUET tu.... hahha

| ya Allah, aku bersyukur atas segala rezeki dan kejayaan yang telah kau berikan padaku, dan lebih aku bersyukur pada kau ya Allah, ketenangan yang telah kau berikan pada ku dalam menghadapi segala ujian
mu |


~~amin~~


Wednesday, 28 August 2013

kemaafan bukan untuk kamu, maaf !!



assalamualaikum,
sawat dii kha..

tak habis lagi dengan masalah dengan seorang hamba Allah ney, bukan nak memburukkan tapi apa kan daya, makin hati ney menerima semua yang berlaku makin banyak pula bende buruk aku dengar apa yang dia dah buat kat belakang aku..

ye aku tahu, aku tak se alim dia, aku tak sekuat agama seperti nya, dan aku mungkin tak sebaik dan secantik dia.. tapi sekurang-kurang nyer aku tak memburukan dia pada orang lain, tak menceritakan apa yang tak elok mengenai dia pada orang lain, malah aku memuji kebaikan nyer pada orang sekeliling aku..

rupa-rupanya aku silap, kebaikan yang kau tunjuk tu cuma lakonan semata. aku tertipu dengan lakonan kau, terima kasih sebab jadikan aku jahat dimata semua rakan seperjuangan aku, tak hairan la orang tu mula layan aku dingin, tak kesah la orang tu endah tak endah je semua kerja aku, 

tapi ingat la wahai sahabat yang bukan tok dikasihi lagi, aku membantu kau, aku cuba menyelamatkan kau, dan banyak pengorbanan yang telah aku buat untuk kau, cuma kau tak tahu dan mengerti sahaja, bukan untuk menunjuk cuma untuk elak dari fitnah...

terima kasih juga pada rakan seperjuangan yang hanya ingat akan amanah menuntut ilmu nya sahaja, terima kasih juga sebab lupa akan amanah kau sebagai seorang MPP, sakit, akademik, bukan penghalang untuk kita menunaikan amanah sebagai MPP. Kita sebagai leader kene pandai membahagikan masa, bukan pentingkan diri sendiri,

bukan nak menunjuk, aku da banyak mengorbankan masa, duit, tenaga untuk perkara yang macam ney, tidak kau rasa kau patut buat bende yang sama, supaya masing-masing tidak rasa terbeban..

bak kata farid, " kita tak layak menilai diri sendiri, Allah je yang tahu sebanyak mana pengorbanan kita, dan sejauh mana keikhlasan kita "
jadi aku taknak mengungkit dan membandingkan kerja yang kita lakukan, tapi ingat la. aku bagi nasihat tu bukan untuk memburukan korang, tapi untuk kita simpan dan jadikan pedoman. aku tak bagi orang baca pon masa aku bagi private masej tu kat kau, tapi kau kecewakan aku, jadi sebab orang cakap kalau nak tahu kisah sebenar, kita kene dengar dari dua belah pihak..

| ya Allah, kau permudahkanlah urusan hidupku, kau bukanlah pintu hati sahabat ku ini untuk menerima kesalah dirinya dan bukan menyalahkan orang lain|

~~amin~~

Friday, 5 July 2013

Bezday Gurl , sweet 20...



assalammualikum
sawat dii kha

terima kasih pada siapa yag wish bezday aku..
terima kasih juga pada yang celebrate bezday aku..

terima kasih juga pada yang beri hadiah pada aku...

 



| Ya Allah, terima kasih kerana memanjangkan umur ku, dan terima kasih kerana engkau telah memberiku peluang untuk hidup selama 20 tahun
 
| Ya Allah, berkatilah hidup, jauhi lah aku dari membuat dosa, dan jauhi lah aku dari melakukan laranganmu, dekatkanlah aku dengan agamamu, permudahkanlah aku mendapat hidayahmu |

~~amin~~


Thursday, 20 June 2013

dalam gembira pasti ada sedih..!!




assalamualaikum..
sawat dii kha..

bukan dalam kesedihan pasti ada kegembiraan ke.. aku ney suka wat tajuk terbalik.. tapi na wat cam ne kan da hidup aku semua terbalik jadi tajuk pon mestilah terbalik...

aku da agak da klu aku banyak gelak siang tadi mesti sekarang aku jadi sedih.. sedih yang teramat sangat. sedih bilam mana orang yang kita percaya akhirnya khianat kita. rasa seperti ditikam dari belakang..

| kenapa la kau buat aku macam ney, apa salah aku pada kau, sebab aku tegur kau.. ok lepas ney aku takkan masuk campur sikit pon pasal kau, aku janji. |



maaf kerana menegur !!



assalamualaikum..
sawat dii kha..

maaf kerana menegur akak, saya tahu saya tak layak menegur kekurang akak, sebab saya tahu dimana akak memandang rendah pada saya, saya terima akan kekurangan saya..

tetiba wat ayat sedihkan, haha
bukan nna kurang hajar, tapi aku harap dia paham maksud aku, aku bukan mengkritik dia, tapi dalam masa yang sama aku mengkritik diri aku juga,, 
aku selalu tanya pada diri aku, layak ke aku tegur dia ? sapa aku na tegur dia ? apakah jawatan aku untuk menegur dia ?  dimanakah hak aku untuk menegur dia ? 

pernah tak dia terpikir macam aku pikir, mesti tak kan.. susah kadang-kadang berdiri disebelah orang yang sentiasa berfikiran negatif.. kita tak berniat nak memburukan dia tapi bila dia mempersoalkan balik, membandingkan balik kita dengan diri dia, hati kita bercakap yang dia takkan paham apa yang cuba kita sampaikan.

akak saya cuma na akak faham je, bukan membandingkan saya dengan akak.. kalau saya bole terima teguran akak mengenai sifat pemarah saya sedangkan akak pon kuat marah, kenapa akak tak bole terima teguran saya mengenai gerak kerja akak tak bergerak langsung..

sampai hati akak kata macam tu dengan saya, sampai hati akak mengenakan saya dengan dia, saya tak ada sedikit pon perasaan jelez kat akak dengan dia..
sampai hati akak buat saya macam ney, saya tegur akak atas kesalahan akak sendiri, tak da kene mengena dengan mpp yang lain..
baru saya tahu yang akak sebenar nyeradalah orang yang tak bole dipercayai..saya sangat kecewa dengan akak. terima kasih kerana buat saya pandang rendah terhadap kepimpinan akak..

| ya Allah, kau buka pintu hati hambamu itu supaya hatinya dapat menerima teguran orang lain tanpa membandingkan kan dirinya dengan diri orang lain, dan kau buka kanlah hatinya untuk tidak memandang rendah pada orang sekelilingnya |

``amin``


setelah sekian lama tinggalkan..




assalamualaikum..
sawat dii kha..

lama dah aku tinggal kan dunia malu aku, dunia malu aku zaman sekolah dulu je.. sekarang aku da berani untuk bercakap dan menegur orang lain..
nak dijadikan ceritanya..
haishhh malu betul aku, budak-budak ney pon cakap first time tengok aku betol-betol malu.. haha 
lawak pulak rasa..

tetiba mcam salah aku jugak, yang aku pergi buat cerita petang tadi buat apa kan da terkena dengan set-set MPP ney.. lebih -lebih lagi zairi, terkejut aku masa mula-mula masuk pejabat tadi.. blushing gile muka ( bak kata kak zaza) haha

tapi buat pengetahuan semua, aku tak pernah ada sikit pon perasaan kat shah ijam a.k.a shahrul tu.. aku sesaja buat cerita supaya berhenti menggosipkan aku dengan mamu.. last2 cerita aku tu memakan diri sendiri.. 

apa pon tak bole budak-budak ney..

Wednesday, 19 June 2013

langkah yang terbaik tetapi serba salah !!




assalamualaikum..
sawat dii kha...

susah sebenarnyer bepersatuan ney.. lebih-lebih lagi bepersatuan dengan orang umur yang berbeza,  yang lebih tua ari kita..

ya Allah , serba salah rasa nya.. tegur orang yang kira rapat dengan kita... lebih-lebih bila kita dapat tahu dia menangis lepas baca dan dengar teguran kita tu.. tapi aku bukan sesuka hati bagi teguran kat dia. bagi aku dia da terlalu banyak sangat buat salah, sebab tu aku terpaksa tegur.. hati aku pon dah tak bole terima semua bende yang dia buat depan mata aku..

bukan niat berdendam dan benci, disebabkan aku sayangkan dia, aku terpaksa memberanikan diri menegur nya. aku taknak la cerita keburukan dia pada orang lain, dan aku taknak lah juga dengar keburukan dia dari orang lain.. jadi aku terpaksa memberanikan diri untuk membuat dia menangis..

kak , saya minta maaf sangat-sangat,, bukan niat saya na buat akak sedih, bukan niat sya nak putuskan hubungan kita, dan bukan niat saya untuk kita saling membenci.. tapi semua ini untuk kebaikan akak dan saya 

berharap sangat teguran ini dapat mengubah dia menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dari sebelum ney..

| ya Allah, buka la hati dia untuk menerima segala teguranku , dan buka la hatiku untuk memaafkan segala kesalahan nyer terhadapku |